Tuesday, October 10, 2006

Syariat Islam yang dilaksanakan


Kenapa setiap muslim wajib memilih Kerajaan PAS untuk memerintah Kelantan
  • Tidak mengeluarkan lesen premis untuk kegiatan perjudian dan tempat-tempat yang menjadi punca maksiat.
  • Tidak dibenarkan dibuka kelab malam
  • Menghapus kegiatan pelacuran
  • Menggalak dan menguatkuasakan etika pakaian Islam (menutup aurat) dan menjadi syarat pengeluaran lesen premis oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Pengawalan kedai gunting - elak wanita menggunting lelaki.
  • Menyusun semula penjualan arak mulai 1 Jualai 1993 semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum ditempat awam, termasuk hotel-hotel, restoren-restoren atau pun kedai-kedai makan. Namun begitu orang bukan Islam boleh minum di rumah-rumah kediaman mereka atau pun tempat-tempat yang bukan tempat awam.
  • Tidak mengeluarkan lesen premis kepada pusat hiburan dan permainan snooker dan billiad.
  • Memperbanyakkan papan tanda berunsur dakwah.
  • Melarang papan tanda (iklan) yang memperaga wanita dan bercanggah dengan Islam
  • Meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 (1993)
  • Meluluskan Dasar Kebudayaan Negeri berterapkan perinsip Islam 1998.
  • Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 yang mengutamakan nilai-nilai keislaman. Walau pun begitu sebarang hiburan atau kebudayaan yang tidak bercanggah dengan Islam dibenarkan.
  • Meluluskan Dasar Pelancongan Negeri berprinsipkan Islam.
Pihak kerajaan Pusat sering menuduh Kerajaan PAS Kelantan mentafsir ajaran Islam yang tidak betul dan terpesong. Adakah apa yang dipraktikkan di atas adalah suatu yang menyeleweng ataupun Kerajaan Pusat yang memerintah tidak berdasarkan Al-Quran dan Hadith. Berleluasanya maksiat dan keruntuhan akhlak masyarakat disebabkan sistem pemerintahan yang menolak Islam dan menerimapakai sistem barat, mengimport hiburan-hiburan yahudi lalu dihidangkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Satu-satunya negeri yang tiada Kelab Malam, tiada pub dan KeraOK, tiadanya pesta konsert dan dangdut ialah Kerajaan pimpinan Tuan Guru Nik Aziz. Adakah kerajaan Kelantan yang sesat atau kerajaan Pusat yang sesat. Tepuk dada, tanya iman masing-masing.....jangan cemarkan tangan yang mengangkat syahadah ketika tasyahud dengan memangkah Parti yang menolak Islam, parti yang menganjurkan maksiat siang dan malam, parti yang memberi lesen kepada pusat-pusat judi.....kelak nanti kita akan dipersoalkan siapa yang kita pilih untuk memimpin kita.

Wallahua'lam

Monday, October 02, 2006

Usaha kami Kerajaan PAS Kelantan

Dalam konteks Negeri Kelantan, kami mempunyai cukup banyak bukti kesungguhan kami menentang kerja-kerja yang boleh mendatangkan dosa. Antara lainnya, sejak mula diberikan amanah pada tahun 1990, Kerajaan Negeri memerintahkan agar akaun simpanan dari bank-bank konvensional milik kerajaan dipindahkan ke Bank Islam.

Kami mengawal premis penjualan dan penggunaan minuman keras. Kami haramkan judi. Kami menggalakkan wanita menutup aurat. Kami mempelopori sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahn). Kami mengawal pertunjukan hiburan melalui Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat hiburan 1998. Kami kawal dan ubahsuai pertunjukan wayang kulit.

Kami mewajibkan penyediaan 3 bilik sekurang-kurang untuk semua projek perumahan awam kos rendah. Kami meluluskan enakmen hudud dalam Dewan Undangan Negeri sejak tahun 1992 lagi dan cuba melaksanakan hukum hudud dan qisas walaupun sehingga kini masih tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak Umno yang menguasai kerajaan Pusat. Ini semua adalah usaha-usaha pro aktif dan pre emptif. Kelantan sedar akan bala yang boleh dilancarkan oleh Allah SWT pada bila-bila masa jika mana-mana pihak berkuasa terus berbuat dosa, menaja dosa dan maksiat.

Petikan Pendirian Nik Abdul Aziz 18 ( Tsunami )