Wednesday, July 11, 2007

Seminar Cadangan Cuti 'Iddah bagi kakitangan awam Kerajaan Negeri Kelantan

-klik untuk besarkan imej-

InsyaAllah, pada 30 JamadilAkhir 1428H / 15 Julai 2007 (Ahad), bermula jam 8.00 pagi-2.00 petang Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri Kelantan akan mengadakan Seminar Seminar Cadangan Cuti 'Iddah bagi kakitangan awam Kerajaan Negeri Kelantan yang akan diadakan di Dewan Bunga Tanjung, Hotel Perdana Kota Bharu.

Tentatif Seminar

0800 - 0900 Pendaftaran
Makan Pagi

0900 - 0910 Majlis Bermula
Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

0915 - 1015 Pembentangan 1
Tajuk 1 : Cuti 'Iddah Kematian : Perspektif Hukum
Oleh : YB Dato' Hj.Mohamed Daud Iraqi
ADUN Demit / Ketua Dewan Ulama' Negeri Kelantan

1015-1020 Selingan khas

1020 - 1120 Pembentangan 2
Tajuk :
Cuti 'Iddah Kematian : Perspektif Sosial
Oleh : YB Senator Hajjah Mumtaz Md Nawi
Peguam / Ahli Dewan Negara

1120-1230 Pandangan wakil-wakil badan & soaljawab
- Wakil NGO ibu tunggal
- Wakil Amanah Raya Bhd
- Wakil Kelantan Family Planning Assoc
- Wakil DMPNK
- umum

1230-0115 Majlis Perasmian Penutup
Oleh : YB Abdul Fattah Hj.Mahmood
Pengerusi J/kuasa Pembangunan Wanita, Belia& Sukan

Seminar ini insyaAllah akan ditayangkan LIVE di Kelantan TV bermula jam 8.00 pagi (www.kelantan.tv)

BLOGGER

Klik untuk LIVE Seminar

Wednesday, June 27, 2007

Akal dipandui wahyu

Allah SWT mengurniakan manusia akal untuk mereka berfikir menurut petunjuk wahyu, mengikut Kitabulllah dan Sunnah Rasulullah, bukan berfikir mengikut nafsu dan telunjuk syaitan. Agaknya itulah yang diperkatakan Tok Guru....

MANHAJ PERJUANGAN PAS : MENDEPANI UMNO

MANHAJ PERJUANGAN PAS : MENDEPANI PEMERINTAH (bahagian 3)


Hukum Mendedahkan Kesalahan Pemimpin

Mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian samalah hukumnya dengan mengumpat.

Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang.

Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam.

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi[4] mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak.

Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.


Kesimpulan

Hasil daripada 6 keadaan yang dibolehkan mengumpat ini, kita dapati bahawa mendedahkan kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah UMNO pada hari ini adalah dibenarkan oleh Syarak atas sebab-sebab berikut:

1. Kemungkaran yang dilaksanakan oleh pemimpin UMNO pada hari ini seandainya tidak didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat akan tertipu dengan zahir kebaikan mereka lantas mereka akan memilih UMNO sebagai parti yang memerintah. Namun apabila penyelewengan pemimpin-pemimpin UNMO didedahkan kepada masyarakat, maka ia akan mendorong mereka untuk menggantikan pemimpin-pemimpin lain yang amanah terhadap Islam dan rakyat.

Ini bermakna tindakan mendedahkan kesalahan mereka adalah kerana ingin mengelakkan masyarakat daripada ditimpa oleh kejahatan mereka yang tidak mahu meletakkan Islam sebagai pemutus kepada setiap keputusan negara.

Al-Imam Al Nawawi menyatakan di dalam syarah Sohih Muslim contoh-contoh ghibah dan umpatan yang dibenarkan:

ومنها أن يكون له ولاية لا يقوم بها على وجهها لعدم أهليته أو لفسقه فيذكره لمن له عليه ولاية ليستدل به على حاله فلا يغتر به ويلزم الاستقامة

Maka kalaulah pada zaman Khilafah Islamiah, seseorang rakyat boleh mendedahkan kepada Khalifah keburukan para menteri yang berada dibawahnya yang tidak amanah dengan harapan khalifah dapat menegurnya ataupun menggantikannya dengan menteri yang baru,

maka kita pada hari ini boleh untuk mendedahkan kepada rakyat kezaliman pemerintah dan tidak amanahnya mereka terhadap Allah dan rakyat kerana rakyat berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin seperti ini di dalam pilihanraya di bawah sistem demokrasi pada hari ini.


2. Kemungkaran yang dibuat oleh pimpinan UMNO pada hari ini kebanyakannya dibuat secara terang-terangan. Maka ketika itu Islam tidak melarang mana-mana individu untuk mendedahkan kejahatan yang dilakukan secara zahir tersebut kepada rakyat dan orang awam.


Al Iman Al-Ghazali berkata:

وكانوا يقولون ثلاثة لا غيبة لهم الإمام الجائر والمبتدع والمجاهر بفسقه

Maka ini dengan jelas membuktikan bahawa pemerintah yang zalim, mendedahkan kezaliman mereka adalah dibenarkan agar masyarakat dapat selamat daripada kezaliman mereka. Pemerintah yang zalim juga telahpun membuat kezaliman tersebut secara terang-terangan.

Dari konsep kenegaraan pada hari ini, menyelamatkan masyarakat daripada kezaliman pemerintah adalah dengan cara tidak memberikan undian kepada mereka pada musim pilihanraya.


3. Pendedahan kejahatan para pemerintah pada hari kepada masyarakat adalah atas sebab kita ingin meminta bantuan masyarakat untuk mengubah kezaliman pemerintah dengan cara menjatuhkan mereka di dalam sistem demokrasi yang digariskan oleh perlembagaan Malaysia.


Penutup

Walaupun kita dibenarkan mendedahkan kepada rakyat kejahatan dan kezaliman para pemimpin yang zalim, namun keharusan ini hendaklah atas dasar ingin mencegah kemungkaran.

Namun, seandainya kemungkaran yang dilakukan oleh para pemimpin adalah kemungkaran tertutup yang hanya berkait antara dia dan Allah yang tidak melibatkan sebarang kezaliman kepada rakyat , maka haram hukumnya kita mendedahkan kejahatan yang disembunyikan oleh pemimpin tersebut kerana dengan menyebarkan kepada masyarakat umum, ini akan mendedahkan aib seseorang itu. Selagi mana kemungkaran itu tidak dilakukan secara terang-terangan maka kita tidak boleh mendedahkannya kepada masyarakat.


footnote

[1] Ini adalah kerana pertembungan PAS & UMNO bukan kerana nafsu merebut kerusi dalam pilihanraya , tetapi melibatkan soal prinsip dan dasar iaitu Islam demi mendaulatkannya di Tanahair ini sementara UMNO membangkang usaha tersebut .

[2] Antara orang – orang yang zalim ialah mereka yang enggan melaksanakan hokum Allah swt sekalipun mereka telah memiliki mandat untuk berkuasa . Ianya berasaskan firman Allah swt : و من لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الظالمون . . Rujuk Surah al Maaidah : Ayat 45

[3] Saya dengar khabar , Sohibus samahah Mufti Negeri Perlis Dr. Asri Zainal Abidin juga ingin mengeluarkan fatwa berkait industri hiburan ini , jika benar apa yang saya dengar, harapan saya bila keluarnya fatwa itu nanti kerajaan dan kabinet tidak lagi menolak mentah – mentah fatwa tersebut.

Oleh: Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi ( Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat )

MANHAJ PERJUANGAN PAS : MENDEPANI UMNO

MANHAJ PERJUANGAN PAS : BAGAIMANA MENDEPANI PEMERINTAH ( Bahagian 2 )

PAS Menegur dan Menasihati Pemerintah .

PAS berusaha keras dengan segala keringat , harta , tenaga malah mengorbankan darah dan nyawa untuk menghantar wakilnya ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri , agar PAS boleh bersuara melalui sistem yang ada pada hari ini guna memberi nasihat , tunjuk ajar , bimbingan dan teguran membina kepada kabinet dan jamaah menteri yang memerintah negara ini di tempat dan ruang dimana undang – undang negara digubal .

PAS juga telah menghantar ratusan memorundum sebagai nasihat bertulis kepada pihak kerajaan dan seluruh agensi mereka supaya melakukan pemulihan dan perubahan dalam perkara – perkara yang perlu .

Memorundum yang mengandungi plan bertindak sebagai cadangan dan bimbingan dari PAS untuk menangani gejala sosial telah dihantar oleh PAS kepada pihak berwajib seperti polis , Jabatan Agama , PLKN dan Pihak Berkuasa Tempatan .

Malah saya sendiri beberapa kali menghantar memorundum kepada Menteri Besar , Jabatan Agama Islam , Majlis Agama Islam , Polis , Mufti dan lainnya dalam pelbagai isu yang mengandungi teguran dan nasihat bertulis agar negeri dan negara tercinta ini tidak tersasar jauh dari rahmat Ilahi .

PAS juga menghantar memorundum kepada SUHAKAM sebagai aduan dan cadangan PAS bagaimana menangani isu Hak Asasi Manusia dan juga Hak Kebebasan Bersuara dan Berhimpun dalam negara ini .

Tidak sahaja PAS menegur dan menasihati kerajaan dan agensinya melalui memorundum tersebut tetapi juga PAS mengadakan dialog dan menegur mereka dengan lunak melalui prinsip engagement yang PAS amalkan .

Apa yang menarik , PAS tidak sahaja mendepani kerajaan dan agensinya tetapi PAS juga tampil menegur dan menasihati kuasa besar dunia melalui kedutaan mereka di sini melalui rundingan dan memorundum yang kita serahkan kepada mereka .

Malah kita turut “tunjukkan perasaan” kita , bagaimana terhiris dan terlukanya hati rakyat atau ummah ini terhadap kekejaman dan kezaliman mereka serta penghinaan yang mereka lakukan ke atas Islam dan penganutnya.

PAS turut bersama dalam menyertai majlis debat , dialog dan rundingan dalam apa jua bidang yang diberi ruang kepada PAS untuk bersuara bagi kita memberi pandangan jua nasihat dan tentunya Islam menjadi dasar pandangan dan nasihat kita .

Pendek kata PAS konsisten untuk mendidik dan membimbing serta menegur dan menasihati pemerintah agar mereka tidak menyeleweng daripada tanggungjawab dan amanah mereka .

PAS tidak pernah mengambil pendekatan ganas ( militan ) apatah lagi tindakan yang membawa kepada fitnah perpecahan solidariti ummah . Justeru itu PAS tidak boleh dicabar keabsahannya untuk bergerak sebagai sebuah badan yang sah , selamat dan berwibawa dalam negara ini .

Menganggap PAS sebagai bughah bukan sahaja tidak benar tetapi menunjukkan sikap tidak teliti dalam memahami nas dan istilah bughah .

Benarkah Pemerintah Tidak Boleh di Tegur Secara Terbuka .

Setelah diambil segala langkah yang didedahkan tadi , kedegilan UMNO & BN melenyapkan segalanya .

Betapa terkilannya hati dan hancurnya perasaan menyaksikan UMNO & BN bagaikan berpesta setiap kali menolak cadangan dan nasihat dari PAS . UMNO & BN tidak sahaja menolak cadangan dan nasihat kerana ia datang dari PAS tetapi didorong oleh sikap anti Islam .

Sebagai contoh , kabinet kerajaan UMNO & BN pernah menolak mentah–mentah cadangan dan draf etika berkait dengan industri hiburan yang dikeluarkan oleh JAKIM supaya ianya menurut lunas – lunas Islam .

Fatwa mufti mengenai konsert–konsert dan road show artis yang tentunya tidak menepati tatatertib syara’ juga mengalami nasib yang sama. Bukan sahaja tidak diendahkan fatwa tersebut malah konsert tersebut diperhebat dan diperbanyakkan .[3]

UMNO & BN sering menindas dan menyakiti PAS dengan pelbagai tohmahan melalui media massa yang mereka kuasai dan terus membohongi rakyat dan bersandiwara disebalik sikap hipokrit mereka .

UMNO & BN turut menggunakan polis dan FRU untuk membelasah pemimpin , ahli dan penyokong PAS yang tidak bersenjata .

UMNO & BN juga menggunakan ISA untuk mengurung musuh politiknya secara kejam tanpa peluang membela diri dan menyeksa diri dan keluarga tahanan.

UMNO & BN sering mendakwa bahawa negera ini negara demokrasi tetapi memimpin dan mentadbirnya secara autokrasi .

Segala tekanan , penderitaan dan kesengsaraan ini hanya dirasai oleh pejuang – pejuang Islam dan kebanyakkan mereka adalah ahli PAS . Apa yang boleh mereka lakukan untuk “menjawab” segala kekejaman dan kezaliman UMNO & BN ?

Allah berfirman yang bermaksud :

Diizinkan ( berperang ) bagi orang – orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka dizalimi dan sesungguhnya Allah Maha kuasa menolong mereka.

(Surah al Hajj : Ayat 39)


Firman Allah swt. lagi :

Allah tidak suka perkataan buruk ( yang diucapkan ) secara terbuka kecuali oleh mereka yang dizalimi .Allah adalah Tuhan Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Bersambung ke Bahagian 3

Tuesday, June 26, 2007

MANHAJ PERJUANGAN PAS : MENDEPANI UMNO

MANHAJ PERJUANGAN PAS : BAGAIMANA MENDEPANI PEMERINTAH ( bahagian 1 )

Islam yang diperjuangkan oleh PAS ternyata mendapat tentangan sengit daripada UMNO & BN yang memerintah Negara ini.

Biarpun berulangkali al – Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan : “ andainya UMNO melaksanakan Islam yang tulen ( bukan Islam Palsu ) PAS sanggup membubarkan partinya.” [1]

UMNO & BN terus berkeras dan berdegil . Bukan sahaja mereka tidak mengizinkan Islam berdaulat di atas tanahair ini bahkan mereka menggunakan kekerasan ( setelah tewas hujjah ) untuk mendepani PAS dan kebangkitan ummat Islam yang mahu melihat negara ini mendaulatkan Islam atau syariat Allah swt.

Penentangan ini tidaklah memeranjatkan PAS yang menyambung Risalah an nabawiyyah di zaman ini justeru ia pernah dihadapi oleh nabi saw malah turut dihadapi oleh pejuang – pejuang Islam di sepanjang zaman .

Inilah yang dilafazkan oleh orang – orang Quraisy tatkala nabi saw menyampaikan dakwahnya :

Apa yang engkau sampaikan kepada kami ini adalah suatu yang dibenci oleh pemerintah

Tarikh Madinah Dimasyq . Juzuk 17 . Mukasurat 299
Oleh Abi al Qasim A’li bin al Hasan
Ibnu Hibbatullah bin Abdullah asy Syafi’e ( w. 571 )

Firman Allah swt yang bermaksud :

Dan ingat bagaimana perancangan orang – orang kafir untuk memenjara , membunuh dan menghalau engkau ( keluar dari daerahmu ) , mereka merancang sedang Allah jua merancang dan Allah adalah sebaik – baik perancang .

(Surah al Anfaal : Ayat 30)

Sebenarnya inilah 3 tribulasi yang akan dihadapi oleh pejuang – pejuang Islam yang menyambung lidah perjuangan Nabi saw di sepanjang zaman.


Muwaajahah Silmiyyah . (
مواجهة سلمية / berdepan secara aman )

Biarpun PAS berdepan dengan sebuah pemerintahan yang kasar dan ganas terhadap perjuangan dan anggotanya , PAS masih konsisten menggunakan pendekatan مواجهة سلمية atau موجّهة بالسلم .

PAS yang mengambil pendekatan politik menyertai pilihanraya selama ini adalah untuk mengekalkan prinsip muwaajahah tersebut .

Sungguhpun ada pemimpin PAS yang ditembak mati oleh pemerintah seperti asy Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan – rakannya di Memali Kedah.

Biarpun ada pemimpin PAS diseksa dan dikurung tanpa bicara melalui akta primitive ISA seperti Tuan Hj. Muhammad Sabu , Ustaz Abu Bakar Chik , Tuan Hj. Mahfuz Omar , al Marhum Ustaz Buniamin Yaacob dan lain–lain.

PAS tetap dengan prinsipnya mendepani pemerintah yang tidak mendaulatkan Islam ini secara aman . PAS meletakkan dirinya di atas Manhaj an Nabawi sebagaimana yang diajar oleh baginda saw. melalui hadisnya yang diriwayatkan oleh at Tabarani yang bermaksud:

Ketahuilah , sesungguhnya Islam bergerak dalam satu pusingan , maka berpusinglah bersama al kitab sekira – kira ia berpusing . Ketahuilah sesungguhnya al kitab dan pemerintah akan berpisah maka jangan kamu memisahkan al kitab , ketahuilah sesungguhnya akan berlaku ke atas kamu ( zaman kamu ) , pemimpin yang memutuskan ( sesuatu ketetapan ) untuk kepentingan diri mereka bukan untuk kamu . Jika kamu mengingkari mereka , mereka membunuh kamu dan jika kamu mentaati mereka , mereka menyesatkan kamu . Lalu mereka berkata

Ya Rasulallah , apakah ( sewajarnya ) kami lakukan ?

Rasul saw menjawab : ( jadilah ) sebagaimana pengikut Nabi Isa ibnu Maryam as. , mereka dikelar dengan pengelar besi dan mereka disalib di atas palang kayu . Mati dalam mentaati Allah adalah lebih baik daripada hidup mendurhakai Allah swt.

Rujuk Majma’ az Zawaai’d. Juzuk 5 /muka surat 238
Oleh : Ali bin Abi Bakar al Haithami ( w. 807 )
Cetakan Darul Rayyan Lit Turath , Qaherah


PAS Tidak Mencari dan Memulakan Permusuhan .

Kehadiran PAS hanya untuk membawa Islam ke mercunya dan memastikan tiada fitnah ( penentangan secara terbuka terhadap Islam ) dan perlecehan syariat Ilahi . Ianya berasaskan kepada apa yang difirmankan oleh Allah swt yang bermaksud :

Dan perangilah olehmu akan mereka itu ( yang menyengutukan Allah ) sehingga tiada lagi fitnah ( penentangan terbuka terhadap Islam ) dan jadilah ( satu – satunya ) cara hidup milik Allah swt maka jika mereka berhenti , tiada lagi permusuhan kecuali terhadap orang – orang yang zalim .[2]

(Surah al Baqarah : Ayat 193)


Saksikanlah , bahawa yang dibunuh ialah pemimpin PAS sementara tiada seorang pun pemimpin UMNO & BN dibunuh oleh PAS .

Yang dipenjara ialah pemimpin dan aktivis PAS , sementara tiada seorang pun pemimpin UMNO dan BN dipenjara oleh PAS .

Yang diugut , diancam dan dibuang daerah ialah ahli – ahli PAS dan rakyat yang menyokong PAS sedang tiada seorang pun ahli – ahli UMNO ditindas dan dizalimi oleh PAS .

“ Dosa ” PAS hanya kerana memperjuangkan Islam dan mahu ianya didaulatkan . Sementara UMNO & BN sangat tidak bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh PAS , malah UMNO & BN membangkangnya dengan keras dan ganas .

Sekali lagi PAS mengambil pendekatan Manhaj an Nabawi sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasul saw.

Wahai Manusia , Jangan kamu bercita – cita mencari musuh dan mohonlah kepada Allah akan kesejhteraan , jika kamu bertemu jua ( akan musuh ) maka bersabarlah dan ketahuilah sesungguhnya syurga itu berada dibawah kilatan mata pedang kemudian baginda berdoa :

Ya Allah , tuhan yang menurunkan al kitab , yang memperjalankan awan dan tuhan yang membinasakan tentera ahzab , hancurkanlah mereka ( musuh ) dan berilah kemenangan ke atas kami .

Sohih Bukhari Hadis No. 2804 Juz.3 / muka surat 1082
Cetakan Darul Ibnu Kathir . Beirut

Sohih Muslim Hadis No.1742 Juz 3 / Muka surat 1362
Cetakan Dar Ihya’ Turath al A’rabi. Beirut


UMNO & BN Pembangkang yang Degil .

Bumi ini milik Allah , malah segalanya dibawah kawalan Allah Jalla wa A’la . Selayaknya bumi ini amnya dan tanahair ini khasnya ditadbir dan diselia berasaskan peraturan dan perundangan ( syariat ) Ilahi .

Siapa kita untuk berkata “ tidak !” kepada Allah swt. Lantas PAS sejak awal penubuhannya ( biarpun melalui pelbagai kelemahan dan kekurangan ) terus mencadang supaya hukum Allah ditegakkan sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud :


Dan hendaklah kamu berhukum diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikut keinginan hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka jangan sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebahagian apa apa yang telah diturunkan Allah kepadamu .

Jika mereka berpaling ( dari hukum yang telah diturunkan oleh Allah ) maka ketahuilah sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada kepada mereka disebabkan sebahagian dosa – dosa mereka dan sungguh kebanyakkan manusia adalah orang – orang yang fasiq .

Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki ? Hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang – orang yang menyakini ( agamanya ) .

(Surah al Maaidah : Ayat 49 - 50)


Namun malang 1001 kali malang , ternyata UMNO & BN sangat degil dan merekalah pembangkang yang “ istiqamah ” dengan penentangannya terhadap Islam yang dicadangkan oleh PAS agar didaulatkan atas tanahair ini .

Sebenarnya tidak timbul siapakah yang akan mendaulatkan Islam , tetapi yang penting ialah Islam mesti didaulatkan . Jika UMNO bersedia mendaulatkan Islam dan melaksanakan syariat sebagaimana yang diajar oleh Nabi saw , PAS sangat bersedia untuk bekerjasama demi kedaulatan Islam .

Malang sekali lagi malang seperti slogan mereka , UMNO dulu , kini dan selamanya membangkang cadangan PAS agar Islam didaulatkan . Persoalannya , kalau PAS cadang nak laksanakan hukum Allah , mereka kata itu hukum PAS , hudud PAS atau Islam PAS lalu dimanakah hukum UMNO , hudud UMNO dan Islam UMNO setelah rakyat memberi mereka mandat yang besar dalam pilihanraya umum 2004 yang lalu dan sebelumnya . Kenapa mereka tidak melaksanakan Islam ?

Firman Allah swt :

الذين ان مكناهم في الأرض أقاموا الصلوة و اتوا الزكوة و امروا بالمعروف و نهوا عن المنكر و لله عاقبة الأمور .

Orang – orang yang jika kami berikan kedudukan ( kuasa ) di muka bumi , mereka mendirikan solat , mengeluarkan zakat dan menegakkan yang ma’ruf ( syariat ) serta mencegah kemungkaran dan kepada Allah kembali segala urusan .

(Surah Al Hajj : Ayat 41)

Saya tidak percaya mandat yang diberi untuk mereka memerintah adalah untuk mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah seperti arak , judi , kelab malam dan segala macam mungkar serta kezaliman . Apa yang rakyat mahu ialah keadilan dan kesejahteraan jua keamanan sedang segalanya itu ada bersama Islam . Laksanakanlah !

Bersambung ke bahagian 2...


Pemerintahan dan Kekuasaan


Kelantan Merintis Perubahan

KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

1. Cuti 2 hari seminggu
2. Cuti bersalin 60 hari
3. Pinjaman tanpa faedah
4. Pajak Gadai Islam (Ar-Rahn)
5. Rumah Tiga bilik
6. Menutup Premis Perjudian & Pusat Hiburan
7. Papan Iklan Wanita menutup aurat
8. Maahad Tahfiz Sainz
9. Bandar Raya Islam
10. Skim Takaful Warga Emas (percuma)

Friday, June 15, 2007

Tawadhuknya Menteri Besarku..

Tawadhunya Menteri Besarku, yang jelas tok guru sedang menuruni tangga masjid, agaknya baru sudah mengimami solat fardhu berjemaah...Itulah rutin hariannya, kalau tidak ada program di tempat lain, sudah tentunya di masjidnya sendiri, bersebelahan rumahnya. Beliaulah Ketua Kerajaan, dan beliaulah Imam Sembahyang, beliau juga mengajar masyarakat dan rakyat negerinya agama....mengajar takut pada Allah dan hari akhirat. The one and only in Malaysia and maybe in this world....Tok Guru, kami sayang padamu....

Gambar ihsan Syeikh Kickdefella (www.kickdefella.wordpress.com). Thanks Syeikh...

Tuesday, February 27, 2007

Pendirian Tok Guru Nik Aziz

Islam wajib memimpin dan bukannya diatur, dipapah dan dipimpin bagi memenuhi hajat keduniaan. Sesuai dengan sifatnya yang ditanzilkan daripada Allah SWT yang Maha Tinggi dan Maha Mencipta alam seluruhnya, maka Islam perlu sentiasa diletakkan di atas. Sebarang usaha untuk meminggirnya atau berkongsi kuasa dengannya, apalagi menolaknya adalah sejenis syirik. Semuanya boleh dikira semacam pengkhianatan, penyelewengan dan ketidakadilan. Ini semata-mata kerana Adil itu ialah meletakkan sesuatu ditempatnya. Oleh kerana Islam itu tempatnya di atas, ia wajib berada di atas dalam serba serbi. Dalam semua keadaan, Islam mempunya Pasport Antarabangsa untuk keluar masuk bertutur daam apa jua isu tanpa berpintu.

Demi memastikan penyertaan yang berkesan, Parti Islam Semalaysia cukup percaya yang bidang politiklah sektor kehidupan yang paling mustahak ditumpukan kerana ia berkaitan dengan kuasa. Pentingnya kuasa kerana ia mencorak dasar. Kuasa yang tidak dikuasai dengan betul dan amanah akan membawa kepada pelbagai penyalahgunaan. Ini Kezaliman. Islamlah penapisnya.

Petikan Buku Pendirian Nik Aziz

Wednesday, February 21, 2007

KERAJAAN KEBAJIKAN

Warga Emas diKELANTAN dilindungi TAKAFUL

KOTA BHARU, 15 Okt (Hrkh) - Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang akan mencarum insurans kepada warga emas berumur antara 60 hingga 75 tahun sebagai usaha meringankan bebanan kehidupan mereka.

Sehubungan itu sebanyak RM3 juta bagi membiayai skim insurans kepada warga emas di bawah Skim Perlindungan Sosial Takaful diperuntukan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, cadangan itu akan dibentang pada persidangan Dun November ini.

"Sekiranya ia diluluskan, bermula Januari tahun hadapan warga emas berpeluang menyertai skim insurans perlindungan tersebut. Pencarum akan menerima pampasan apabila mereka meninggal dunia," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada 59 orang kurang upaya (OKU) di Dun Salor, baru-baru ini.

Di Kelantan sekarang dikenalpasti terdapat seramai 110,000 warga emas. Skim itu diberi keutamaan kepada warga emas yang daif, miskin dan mempunyai tanggungan ramai. Setiap mereka akan dicarum sebanyak RM25 setahun.

Husam juga berkata, bagi Tabung OKU kerajaan negeri akan menaikkan jumlah peruntukan daripada RM500,000 kepada RM1 juta mulai tahun hadapan.

Pada majlis itu setiap OKU menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat antara RM300 hingga RM600. Turut hadir hadir Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda Kubang Kerian, Mohd Nuri Yaakob.

Monday, February 12, 2007

Keistimewaan Tok Guru Nik Aziz yang sukar ditandingi

Lazimnya masyarakat bukan Islam memiliki persepsi negatif terhadap kelompok, badan atau mana-mana Gerakan Islam. Persepsi ini muncul sebahagiannya kerana gambaran buruk yang diberikan oleh musuh-musuh Islam khasnya dari Barat terhadap Islam itu sendiri.

Islam militan, Islam ektrimis, Islam radikal adalah sebahagian dari istilah yang dicipta oleh pihak-pihak ini

Manakala kalangan sesama masyarakat Islam juga tidak kurang turut menyumbang ke arah pandangan negatif ini. Dari merekalah lahirnya Islam sekular, Islam moderat dan kini Islam Hadhari, yang cuma menambah bingungkan lagi pemahaman masyarakat bukan Islam terhadap Islam yang sebenarnya.

Salah seorang tokoh di Malaysia bagi saya yang bersungguh berusaha ke arah memperbetulkan keadaan ini adalah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS.

Sejak sebelum menjadi MB lagi (sepanjang beliau sebagai ahli Parlimen Kelantan Hilir dan kemudiannya Pengkalan Chepa) beliau dilihat begitu komited dalam hal ini.


Cuma apabila diberikan amanah sebagai MB, maka usaha ini telah dipertingkatkan lagi oleh beliau sehingga berjaya menempa beberapa pembaharuan yang selama ini gagal dicetuskan oleh pihak lain.

Semasa Majlis Makan Malam dan Dailog anjuran PAS Shah Alam di sebuah hotel di Kelang baru-baru ini Tok Guru memberitahu para hadirin darihal projek pembangunan dan pembesaran yang sedang dijalankan di sekolah beliau di Pulau Melaka. Para hadirin kagum apabila beliau memaklumkan secara terbuka bahawa salah seorang penyumbang yang menyumbang dana bagi pembangunan sekolah tersebut adalah seorang pemimpin masyarakat Tionghua yang bukan Islam di Kelantan yang telah menyalurkan bantuan hampir RM1 juta ringgit.

Kalau membina rumah anak yatim atau memberikan biasiswa atau bantuan kepada masyarakat miskin, barangkali tidaklah menghairankan kalau masyarakat bukan Islam turut menyumbang membantu masyarakat Islam yang tidak bernasib baik, akan tetapi jarang malah bagi saya sendiri langsung tidak pernah mendengar masyarakat bukan Islam dengan senang hati menyumbang kearah pembinaan sebuah pusat yang bakal mentarbiyah dan mengeluarkan tenaga-tenaga ulamak Islam.

Bagi saya inilah keistimewaan Tok Guru Nik Aziz. Beliau dilihat termasuklah oleh masyarakat bukan Islam sebagai seorang tokoh ulamak dan pemimpin negeri yang bersih, yang mudah dan senang bercampur dengan masyrakat, yang serba sederhana, tidak rasuah dan tidak berjoli-joli.

Oleh itu apabila beliau memohon sumbangan untuk meneruskan kerja-kerja beliau, masyarakat Islam dan bukan Islam dengan senang hati menyumbang. Kerana mereka tahu beliau akan menggunakannya sepenuhnya sumbanga itu nanti untuk apa sahaja tujuan yang beliau isytiharkan itu.

Kalau dengan sumbangan mereka itu mereka mengharapkan pula sesuatu pembalasan sebagaimana situasi yang normal di Malaysia, maka pasti mereka tidak akan mencari Nik Aziz. Kalau orang lain atau negeri lain mungkin, tetapi dari Nik Aziz apa yang dapat diharapkan balik cumalah sepotong senyum gembira dan ucapan terima kasih yang terbit dari hati kecilnya.

Bagi saya peristiwa ini membuktikan masyarakat bukan Islam sendiri begitu hormat dan memandang tinggi kepada MB mereka ini. Bagi saya peristiwa ini membuktikan yang Tok Guru telah berjaya membentuk rakyatnya agar berkejar-kejar mengerjakan kebaikan dan kebajikan samada mereka dari yang bukan Islam, lebih-lebih lagi dari kalangan yang sudah Islam.

Dinamisma Tok Guru ini sebenarnya telah melahirkan masyarakat Islam dan bukan islam yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain di Kelantan. Tok Guru biasa hadir menyampaikan watikah kepada ketua sami Buddha di Wat Siam di Kelantan, setiap tahun beliau hadir menyambut Tahun Baru Cina di rumah pimpinan masyarakat Cina, beliau menyalurkan bantuan kepada masyarakat bukan Melayu dan ke sekolah-sekolah Cina, belia melantik Penghulu dan ahli-ahli majlis dikalangan masyarakat bukan Melayu dan sebagaimana yang kita ketahui beliau juga melantik seorang ahli EXCO berbangsa Cina iaitu yang pertama di Kelantan: Dato Hj Anuar Tan.

Segala-gala beliau lakukan untuk memberikan gambaran yang sebenarnya berkenaan Islam.Alangkah betuahnya kita jika lahir lebih ramai yang seumpama beliau dalam Negara ini.