Tuesday, June 27, 2006

Hiburan Yahudi

Cubalah berfikir secara 'orang tua'. Bertanggungjawab dan beramanahlah dalam memikul kuasa. Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat bukan kosong. Pengundi adalah kebanyakannya ibubapa. Walaupun ibubapalah yang mencorak pendidikan anak-anak sama ada mereka akhirnya menjadi yahudi atau nasrani tetapi apa pilihan ibubapa apabila kuasa yang ada di tangan pemerintah tidak pernah jemu menghidangkan hiburan yang menyerupai hiburan orang yahudi dan nasrani. Saya berani katakan yang hiburan corak ini sangat direstui oleh pemimpin yahudi. Jika kita mahu pastikan benar atau tidaknya pandangan ini, pergilah tanya Presiden Bush, Tony Blair, Vladimir Putin atau Shirac.

Petikan buku Pendirian Nik Abdul Aziz 16

Sunday, June 25, 2006

Mengekalkan pemerintahan Islam di Kelantan


Wajib bagi setiap muslim kelantan yang beriman untuk mengekalkan Kelantan di bawah kerajaan yang ada sekarang. Tidak ada alasan untuk rakyat kelantan untuk menolak kepimpinan Tuan Guru dan Saf pimpinan yang lain untuk menerajui negeri Serambi Mekah ini. Dasar yang berperlembagaankan Al-Quran dan Hadith adalah sesuatu yang wajib dipertahankan oleh setiap muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul.