Sunday, July 02, 2006

Islam Hadhari

Bercakap mengenai tamadun, tidak akan lengkap hanya dengan memfokuskan rakyat untuk berjaya di dunia sahaja. Pembangunan di dunia wajib dihubung dengan akhirat. Ini baru dipanggil abadi yang sering disebut oleh Datuk Seri Abdullah. Keabadian itu sesuatu yang berterusan dari dunia hingga sampai hari kebangkitan dan berterusan di dalam kehidupan akhirat kelak.

Kita kena didik rakyat sembahyang kerana Allah SWT dan elakkan rasuah kerana Allah SWT. Tutup lesen Nite Club kerana Allah SWT dan didik remaja untuk tidak mendedahkan aurat dan elakkan pergaulan bebas kerana Allah SWT. Menguasai ilmu dan menjadi profesional kerana Allah SWT dan menjadi pemimpin yang adil dan tidak membazir kerana Allah SWT.

Laksana segala hukum dan peraturan dari Allah SWT, untuk Allah SWT dan demi Allah SWT. Semua ini diselaraskan dengan doa iftitah yang membawa maksud " Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan matiku, kerana Allah SWT".

Inilah bentuk tamadun yang perlu dibangunkan. Inilah yang selalu kita sebut sebagai paksi. Mencantikkan bandar, memperbanyakkan jalan, mengindahkan lanskap taman, memanjangkan landasan terbang, mengukuhkan institusi pendidikan dengan infrastruktur terbaik dan melengkapkan fakulti perubatan dan hospital dengan kemudahan tercanggih - INI TIADA KHILAF. KITA TIADA PERBEZAAN.

Bagaimanapun, kita wajib kenal paksi terlebih dahulu sebelum mengajak rakyat kepada perubahan.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

1 comment:

Anonymous said...

Kelebihan Berdiam Diri

Kebaikan terkumpul pada tiga sifat: Perbincangan (al-Nazar), diam (al-Sukut), dan percakapan (al-Kalam). Semua perbincangan yang tidak mengandungi iktibar adalah suatu kelalaian (sahwun). Semua diam yang tidak mengandungi pemikiran adalah suatu kelupaan (ghaflatin). Dan semua percakapan yang tidak mengandungi peringatan adalah percakapan yang bodoh (laghwun). Maka beruntunglah orang yang perbincangannya menjadi iktibar, diamnya menjadi pemikiran, percakapannya menjadi peringatan. Beliau menangis di atas kesalahannya dan orang ramai terselamat daripada kejahatannya.

Pembohong tidak berbohong melainkan menghina dirinya sendiri dan asal ejekan (sukhriyyah) adalah memberi ketenangan kepada pembohong. Beruntunglah orang yang diamnya menjadi pemikiran, perbincangannya menjadi iktibar, daya usahanya menjadi rumahnya, menangis di atas kesalahannya dan orang ramai terselamat daripada tangan dan lidahnya.

Alangkah baiknya diam (al-Samt) yang bukan kerana kurang keupayaan atau kelemahan diri. Diam adalah harta yang berharga, perhiasan bagi orang yang lemah lembut dan penutup kejahilan.

Diam adalah satu pintu daripada pintu-pintu hikmat. Sesungguhnya diam akan mendapat kasih sayang dan petanda kebaikan.

Alamat kefahaman itu adalah lemah lembut, keilmuan dan diam.

Berkorbanlah, tetapi janganlah untuk mendapat publisiti (pujian dan dipuja). Sembunyikan diri anda supaya tidak disebut. Belajarlah dan sembunyikanlah. Diamlah, nescaya anda terselamat.

Seorang mukmin ditulis baik selama beliau berdiam (sakitan). Apabila beliau bercakap, beliau ditulis baik atau jahat.

Mereka yang baik bergembira dan mereka yang jahat meradang.

Seorang lelaki yang baik akan membawa khabar yang baik dan seorang lelaki yang jahat akan membawa khabar yang jahat.

Anda memasukkan tangan anda di mulut ikan paus sehingga ke pangkal lengan adalah lebih baik bagi anda dari memohon hajat anda kepada orang yang tidak menghargainya.

Beruntunglah orang yang telah meninggalkan syahwat semasa kepada masa yang beliau tidak melihatnya.

Tiga sifat orang yang sempurna imannya: Apabila beliau redha, maka redhanya tidak akan memasukkannya dalam kebatilan; Apabila beliau marah, maka kemarahannya tidak akan mengeluarkannya daripada kebenaran; dan Apabila beliau berkuasa, maka beliau tidak akan memberi perkara yang bukan miliknya.

Dengarlah kamu semua percakapan daripada aku yang lebih baik daripada dirham-dirham yang mahal. Janganlah anda bercakap melainkan apa yang ada kaitan dengan anda. Tinggalkan percakapan yang banyak tentang anda sehingga anda mendapati tempat yang sewajarnya. Kadangkala seorang itu bercakap benar tetapi tidak pada tempatnya (nothing-rubba mutakallimin bi haqqin fi ghairi maudhi‘i-hi). Janganlah anda berhujah dengan orang yang bodoh dan orang yang lemah lembut kerana yang lemah lembut akan mengalahkan anda, sementara yang bodoh akan memburukkan anda. Sebutlah saudara anda apabila beliau tidak berada di hadapan anda dengan sebaik-baik perkataan yang anda paling sukai disebut tentang anda sendiri apabila anda tidak berada di hadapannya. Ketahuilah inilah amalannya dan beramallah amalan orang yang mengetahui bahawa beliau akan dibalas dengan kebaikan dan akan diambil tindakan dengan jenayah (mujza bi l-Ihsan ma’khudhun bi l-Ajram).

Janganlah anda tertipu oleh orang ramai tentang diri anda kerana ia akan sampai kepada anda bukan mereka; Janganlah anda menghabiskan siang hari anda dengan itu dan ini kerana bersama anda ada orang yang menjaga anda. Janganlah anda memperkecilkan kebaikan yang sedikit, kerana anda melihatnya esok boleh menggembirakan anda; Janganlah anda memperkecilkan kejahatan yang sedikit kerana anda akan melihatnya esok boleh mendukacitakan anda. Berbuat baiklah, kerana aku tidak melihat sesuatu yang lebih dituntut dan lebih cepat didapati dari kebaikan bagi dosa yang lalu. ALLAH azzawajalla berfirman di dalam Surah Hud (11):114 “Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu dapat menghapuskan perbuatan-perbuatan yang jahat. Itulah peringatan bagi mereka yang ingat.”

Aku menjadi hairan dengan enam perkara. Tiga perkara yang mentertawakan aku dan tiga perkara yang membuatkan aku menangis. Adapun perkara yang membuatkan aku menangis adalah perpisahan dengan kekasih Muhammad (s.a.w), penderitaan pada hari Kiamat dan berdiri di hadapan ALLAH azzawajalla Adapun tiga perkara yang mentertawakan aku: Orang yang mengejar dunia sedangkan mati sedang mengejarnya. Orang lalai (ghafil) tetapi ia tidak dilupai dan orang yang ketawa besar tidak mengetahui adakah ALLAH azzawajalla telah meredhainya atau memarahinya.
alhamdulillah... barada amruna wa shalaha

Setiap orang yang telah dewasa (akil baligh) pasti ada kaitannya dengan al-Qur'an yang diturunkan ALLAH azzawajalla.

Sesungguhnya kami milik ALLAH; Kepada-NYA jua kami kembali.
Salamun'alaikum. alhamdulillahir Rabbil'alamin

*note: maaf! andai telah anda dapati sebelum ini....

• Segala sesuatu harus dikembalikan kepada Kitabullah dan Sunnah; dan Setiap Hadis yang tidak sesuai dengan Kitabullah adalah rayuan belaka.
• Sesungguhnya tiap-tiap hak itu mempunyai hakikat dan bagi tiap-tiap kebenaran itu ada cahaya. Maka, apa sahaja yang sesuai dengan Kitabullah, ambillah; dan Apa yang bertentangan dengan Kitabullah, tinggalkanlah.
• Sesungguhnya orang yang benar-benar melaksanakan amar ma’ruf nahiy munkar itu hanyalah orang yang memiliki ketiga sifat ini; Yang memiliki ilmu tentang apa diperintahkan dan tentang hal yang dilarang baginya; Yang adil dalam apa yang diperintahkan dan dalam apa yang dilarang untuknya; Lemah-lembut dalam menyuruh dan melarang.

“Barangsiapa menuntut pertanggungjawab dirinya sendiri, akan beruntung;
Barangsiapa mengabaikannya, akan menderita;
Barangsiapa merasa bimbang, maka ia akan aman;
Barangsiapa mengambil pelajaran (dari keadaan sekitarnya), akan beroleh cahaya;
Barangsiapa beroleh cahaya, maka ia beroleh pengertian;
dan Barangsiapa beroleh pengertian, maka ia beroleh pengetahuan.”

Salam dari-NYA; Salam hak-NYA; Salam dikembalikan pada-NYA